Disember 09, 2008

Salam Aidil Adha

"Dan bagi setiap umat telah kami syariatkan penyembelihan qurban, agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka berupa haiwan ternak" (Al-Hajj:ayat 34)

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

10 Zulhijjah tahun ini disambut kami sekeluarga dengan penuh kesyukuran kerana diberikan rezeki oleh Allah untuk melaksanakan ibadah qurban di kampung. Kami adik-beradik berkongsi membeli seekor lembu untuk dikorbankan. Sembelihan dilakukan selepas solat sunat aidiladha oleh Pak Imam Rahmat (imam masjid) di halaman rumah kami. Waktu tu hujan turun mencurah-curah. Asalnya bapak bercadang utk pasang khemah, tapi tak sempat sebab pak imam dah sampai dulu. Aku pulak dgn kelam-kabut bersiap2 utk keluar, tak mahu ketinggalan melakukan amalan sunat melihat acara sembelihan.

"Daging (haiwan qurban) dan darahnya tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampi kepadaNya adalah ketakwaan kamu." (Al-Hajj: ayat 37)

Qurban..suatu ibadah yang sangat2 digalakkan dan merupakan amalan sunnah sejak nabi Allah Adam. Dlm Al-Quran diceritakan tentang kisah Qurban yg dilaksanakan oleh anak-anak nabi Adam, Qabil dan Habil dan juga kisah nabi Ibrahim & nabi Ismail. Penghayatan ibadah ini memerlukan kita melihat kembali sirah nabi2 utk diterjemahkan dlm kehidupan kini. Rasanya ramai dah maklum tentang kisah2 ini..

Ibadah qurban menginsafkan kita tentang pergorbanan Nabi Ismail & Nabi Ibrahim yg telah membina Kaabah dan diuji agar menyembelih nabi Ismail. Ia menyedarkan aku tentang betapa ketaatan itu hanya layak kepada Allah sahaja dan tiada yg lain. Ia membawa mesej yang terang tentang bahawa Allah itu Maha Berkuasa, Maha Pengasih & Penyayang kepada hamba-hambaNya.

Kisah qurban Habil & Qabil pula membawa satu pengertian yang cukup jelas tentang konsep ikhlas dalam beramal kerana Allah dan melakukan yang terbaik dalam setiap amal soleh.

لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شرِيك لك لبيك، إن الحمد والنعمة لك والملك، لا شرِيك لك

Ibadah qurban juga sinonim dengan ibadah haji. Salah satu rukun haji iaitu sa'ei mengingatkan kita tentang perjuangan seorg wanita iaitu Siti Hajar yg berlari-lari berulang-alik dr bukit Safa ke bukit Marwah mencari air. Sedangkan waktu itu beliau masih lemah setelah melahirkan nabi Ismail. Sungguh Islam meninggikan martabat wanita untuk sama2 turun padang memperjuangkan islam dalam keluarga dan masyarakat.

Astaghfirullah..astaghfirullah..Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..ampunilah dosa-dosa kami, kurniakanlah kami petunjuk dan hidayahMu..janganlah pesongkan hati kami setelah Kau berikan petunjuk..Terimalah amal ibadah qurban ini sebagai suatu amal soleh Ya Allah..Ya Allah..hanya keredhaanMu yang ku harapkan..Hindarilah kami dari sifat ria' dan takbur..Ya Allah..aku bercita-cita ingin menjadi tetamuMu..lorongkanlah dan permudahkanlah Ya Allah..Amin..